Jangan gigit pingat, ia dibuat daripada gajet kitar semula - Utusan Malaysia

Jangan gigit pingat, ia dibuat daripada gajet kitar semula

Thomas Daley dan Matty Lee menggigit pingat selepas meraih emas 10 meter platform seirama.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Jawatankuasa Olimpik menggesa atlet agar berhenti menggigit pingat yang dibuat daripada telefon bimbit kitar semula.

Menggigit pingat ketika sesi fotografi bagaikan sudah menjadi tradisi buat atlet dalam mana-mana temasya atau kejohanan untuk menunjukkan rasa gembira mereka.

Begitupun dalam temasya Olimpik 2020, pingat yang ditawarkan oleh Jepun tidak sama dengan kebanyakan pingat lain hingga memaksa penganjur mengeluarkan peringkatan kepada atlet di Twitter.

Penganjur Olimpik Tokyo mengingatkan atlet-atlet yang pingat ‘tidak boleh digigit ‘, dan diperbuat daripada bahan buangan elektronik sumbangan rakyat Jepun’.

PASUKAN lawan pedang epee Estonia menggigit pingat emas yang dimenangi.

“Jadi, anda tidak perlu menggigitnya tetapi kami tahu anda akan melakukannya,” kata penganjur.

Dengan jumlah kes Covid-19 semakin meningkat di Tokyo, peringatan mesra itu adalah langkah waspada selepas terdapat beberapa atlet yang mengekalkan tradisi lama meraikan kejayaan apabila menggigit pingat mereka.

Penerjun Britain, Thomas Daley dan Matty Lee antara berbuat demikian selepas memenangi pingat emas 10 meter platform seirama kelmarin, manakala skuad lawan pedang Estonia turut mempamer ‘aksi’ menggigit pingat.

LEE Kiefer dari Amerika Syarikat meraih emas lawan pedang.

Atlet mungkin tidak menyedari pingat itu sudah bertukar ‘tangan’ banyak kali sebelum sampai ke mulut mereka.

Projek pingat Tokyo 2020 mengambil masa dua tahun untuk mengumpulkan gajet terpakai bagi menghasilkan 5,000 pingat emas, perak dan gangsa.

Kempen kitar semula itu telah menghasilkan 32 kilogram emas, 3,492.7kg perak dan 2,199.9kg gangsa yang diperbuat daripada hampir 80 tan telefon bimbit terpakai, laptop serta gajet lain. – AGENSI

PEMENANG pingat taekwondo dari Amerika Syarikat, Anastasija Zolotic. – AFP
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya