Jangan fikir banyak, lawan saja - Utusan Malaysia

Jangan fikir banyak, lawan saja

AKSI Aaron Chia (kanan) dan Soh Wooi Yik ketika menentang beregu Korea Selatan, Choi Sol-gyu-Seo Seung-jae.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beregu lelaki No.1 negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik enggan terlalu memikirkan aksi menetang bekas juara dunia tiga kali dari Indonesia, Mohamad Ahsan-Hendra Setiawan dalam saingan Kumpulan D petang ini.

Aaron berkata, tidak kira sesiapa yang menjadi lawan, mereka akan menampilkan aksi terbaik mereka dalam usaha mencari kemenangan untuk mara lebih jauh dalam temasya Tokyo 2020.

Katanya, mereka sudah beraksi dalam banyak perlawanan, yang paling penting semasa berada dalam gelanggang dan mereka tidak mahu terlalu memikirkannya semasa di luar.

“Kami tidak dapat tengok mereka main secara langsung hanya secara dalam talian sahaja tetapi untuk semua perlawanan kami akan berikan aksi terbaik untuk menang.

“Saya dengan Wooi Yik akan menampilkan aksi terbaik kami dalam perlawanan esok (hari ini),” katanya.

Pada 2019, pasangan negara tewas dalam aksi final Jelajah Dunia Super 1,000 All England kepada ‘The Daddies’ dan pertemuan kali ini mampu menjadi medan untuk menebus kedukaan buat mereka.

Mengulas mengenai aksi pertama menentang pasangan Korea Selatan, Choi Solgyu-Song Seung Jae kelmarin, Aaron berkata mereka agak teruja serta takut pada set pertama memandangkan mereka beraksi di temasya Olimpik buat kali pertama.

Pada set kedua, dia berkata keadaan menjadi lebih baik apabila mereka berjaya menjarakkan kedudukan semasa berada di mata ke-13 dan lawan mereka semakin hilang fokus.

“Kami ambil kesempatan dalam set kedua dan saya percaya pada set kedua kami semakin selesa serta semakin berani melakukan serangan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya