Ivancic penyelamat Sabah - Utusan Malaysia

Ivancic penyelamat Sabah

AKSI Sabah (baju merah) ketika menentang Sri Pahang dalam saingan Liga Super di Stadium Likas malam ini. - IHSAN SABAH FOOTBALL CLUB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jaringan Josip Ivancic empat minit memasuki waktu kecederaan membantu Sabah mengikat Sri Pahang 2-2 dalam perlawanan Liga Super yang mendebarkan di Stadium Likas, malam ini.

Dua jaringan pada waktu kecederaan membolehkan Sabah dan Pahang berkongsi satu mata berharga.

Ketika Tok Gajah menjangkakan kemenangan memihak kepada mereka selepas meledak gol kedua pada minit ke-93 menerusi Abdul Malik Mat Ariff, penyerang kelahiran Croatia, Ivancic merobek gawang lawan seminit kemudian untuk menyelamatkan pasukannya daripada kekalahan.

Ini kali kedua berturut-turut Sabah gagal mengutip tiga mata selepas tumpas 0-1 kepada Petaling Jaya City pada aksi terakhir, Sabtu lalu.

Kesilapan penjaga gol tuan rumah, Robson Rendy Rining yang gagal menepis keluar bola rembatan pemain lawan membolehkan Baqiuddin Shamsudin membuka jaringan Pahang pada minit ke-66.

Jaringan tersebut membolehkan pelawat menyamakan kedudukan 1-1 selepas Ivancic meletakkan Sabah di depan pada minit ke-57 hasil lorongan Amri Yahyah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya