It's coming home? England pernah menang Euro ke? - Utusan Malaysia

It’s coming home? England pernah menang Euro ke?

KASPER Schmeichel (kanan) ketika menghadiri sidang akhbar menjelang perlawanan separuh akhir menentang England.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Penjaga gol Denmark, Kasper Schmeichel memberi jawapan ‘nakal’ ketika ditanya mengenai slogan England ‘bola sepak akan pulang ke rumah’ atau ‘Football coming home‘ menjelang pertemuan kedua-dua pasukan dalam separuh akhir Euro 2020 awal pagi nanti.

Lagu ‘It’s Coming Home’ mula popular dan sering dinyanyikan oleh penyokong Three Lions sejak Euro 1996 iaitu ketika mereka melangkah ke separuh akhir.

Kali terakhir England merangkul kejuaraan utama adalah pada Piala Dunia 1966 dan pengharapan tinggi diletakkan kepada anak-anak buah Gareth Southgate untuk menamatkan penantian panjang itu dalam Euro kali ini.

Dalam pertemuan menentang Denmark awal pagi nanti, lebih 60,000 penonton dijangka membanjiri Stadium Wembley dengan majoritinya penyokong England.

Ketika ditanya, apakah Denmark sedia merosakkan impian England dan slogan ‘It’s Coming Home’ yang selalu dilaungkan penyokong Three Lions, Schmeichel menjawab pertanyaan itu dengan sinis.

“Apakah ia (kejuaraan Eropah) pernah pulang ke rumah? Saya tidak tahu pula.

“Kamu pernahkah memenanginya? 1966? Bukankah itu Piala Dunia?.

“Sejujurnya, saya tidak pernah terfikir untuk ‘menghentikan’ England. Ia lebih kepada membawa Denmark mara. Saya hanya memberi sedikit tumpuan kepada pasukan England.

“Itu yang perlu kami lakukan untuk negara kami. Kegembiraan yang akan dibawa kepada 5 juta rakyat kami dan bersaing dengan negara-negara yang bertanding. Tidak banyak perasaan buat England dalam hal ini,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya