Itali hanya boleh 'import' 1,000 penyokong ke Wembley - Utusan Malaysia

Itali hanya boleh ‘import’ 1,000 penyokong ke Wembley

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROME: Persekutuan Bola Sepak Itali (FIGC) mengesahkan, ha­nya 1,000 penyokong mereka boleh dibawa ke London untuk menonton final Euro 2020 de­ngan syarat ketat, termasuk menjalani kua­rantin lima hari selepas pulang.

Badan bola sepak Eropah, UEFA bersetuju dengan pihak berkuasa Britain untuk membenarkan 1,000 penyokong terbang dari Itali dan menonton perlawanan menentang England di Wembley, Isnin ini.

Di bawah peraturan United Kingdom (UK), pelancong dari Itali perlu menjalani kuarantin 10 hari apabila tiba di England, jadi peminat yang ingin me­nyaksikan perlawanan perlu bersetuju dengan syarat yang sangat ketat.

Mereka hanya dibenarkan berada di Britain untuk tempoh 12 jam dan perlu tinggal dalam gelembung dibenarkan menggunakan penerbangan khas dan pengangkutan khusus untuk pergi serta pulang ke lapangan terbang dan stadium.

Semua akan diaturkan oleh FIGC dengan harga 610 euros (RM3,000) seorang.

Peminat juga perlu mengesahkan keputusan ujian ­Co­vid-19 yang negatif sebelum memulakan perjalanan.

Biarpun hanya 1,000 penyokong boleh diimport oleh Azzurri, namun mereka tetap menerima sokongan padu kerana UEFA memperuntukan 6,500 tiket buat peminat Itali yang tinggal di UK. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya