LONDON: Akhbar Itali melancarkan perang psikologi siri kedua apabila menyuarakan kebimbangan mereka terhadap aksi final Euro 2020 dengan pengadil perlawanan akan menyebelahi England.
Selepas meraih penalti penuh kontroversi ketika menentang Denmark, media Itali mendakwa pengadil sengaja membuat keputusan itu sebagai tanda terima kasih kepada Perdana Menteri Boris Johnson kerana campur tangan dalam urusan Liga Super melibatkan enam kelab Inggeris.
Raheem Sterling meraih sepakan penalti Khamis lalu dengan pegadil perlawanan, Danny Makkelie memberikan sepakan itu selepas Sterling jatuh tanpa ada sebarang kontak seperti yang dilaporkan La Gazzetta dello Sport.
Malahan keputusan itu dibuat tanpa merujuk kepada video bantuan pengadil (VAR).
Perjalanan England ke final juga menjadi persoalan selepas lima daripada enam perlawanan berlangsung di Stadium Wembley dan satu aksi di Rome malahan aksi final juga akan berlangsung di Stadium Wembley.
Pada awal 2021. bola sepak Eropah dikejutkan dengan penubuhan Liga Super merangkumi beberapa pasukan termasuk Arsenal, Chelsea, Liverpool, Manchester City, Manchester United dan Tottenham, bagaimanapun projek itu dibatalkan selepas tiga hari.
Johnson juga terlibat dalam pembatalan Liga Super dan menyifatkan ia sebagai perbuatan ‘kartel’ dan menggunakan segala kuasanya untuk memastikan ia tidak diteruskan dan ia menggembirakan UEFA.
“Saya fikir ia bukan minat orang ramai termasuk penyokong. Tindakan kartel ini akan menghalang daripada kelab bertarung anta satu dan lain. Ia akan menghilangkan keseronokan terhadap sukan ini,” katanya.- AGENSI