Insiden Eriksen bantu Denmark ke separuh akhir - Kjaer - Utusan Malaysia

Insiden Eriksen bantu Denmark ke separuh akhir – Kjaer

PERTAHANAN Denmark, Simon Kjaer (kiri) cuba merebut bola daripada pemain tengah Republik Czech, Lukas Masopust sewaktu kedua-dua bertembung dalam saingan suku akhir Euro 2020 di Stadium Olimpik, Baku, hari ini.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAKU: Kapten Denmark, Simon Kjaer berkata, insiden Christian Eriksen yang berlaku sewaktu aksi pembukaan telah menyuntik ‘sesuatu’ bagi membantu mereka berjuang memperoleh tiket separuh akhir Euro 2020.

Skuad Danish Dynamite tewas 0-1 kepada Finland dalam aksi tersebut, sebelum tewas kepada Belgium 1-2, namun memperoleh kemenangan sulung ketika menundukkan Rusia 4-1 dalam aksi peringkat kumpulan.

Bercakap selepas menang 2-1 ke atas Republik Czech di Stadium Olimpik, Baku, Kjaer berkata ramai penyokong pada awalnya meragui kemampuan Denmark sehinggalah mereka meyakini kembali selepas pasukan itu layak ke separuh akhir.

“Peristiwa Christian Eriksen telah menyuntik ‘sesuatu’ terhadap skuad kebangsaan. Kami mengharunginya bersama. Kami tahu kami boleh percayakan sesiapa pun di sekeliling kami dan mereka akan sentiasa ada bersama kamu.

“Ia memberikan kami perlindungan dan sudah tentu ia akan membuatkan Christian lebih baik.

“Kami boleh mengasak kerana kami sedar bahawa pemain di sebelah kami akan tetap menyokong kami,” kata Kjaer ketika ditanya berhubung impak Eriksen kepada skuad Denmark.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya