Impian Jeremiah layak ke final tipis - Utusan Malaysia

Impian Jeremiah layak ke final tipis

GIMNAS negara, Jeremiah Loo ketika beraksi di Pusat Gimnastik Ariake, Tokyo hari ini. - KAMARUL AKHIR/ ASIANA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Impian atlet gimnastik artistik lelaki negara, Jeremiah Loo untuk mara ke final acara individu all-around di Sukan Olimpik Tokyo 2020 boleh dianggap sudah tertutup.

Ini selepas dia menamatkan saingan kelayakan di kedudukan ke-19 dalam kumpulan pertama membabitkan 22 gimnas dengan mengutip keseluruhan 67.498 mata hari ini.

Pada saingan yang berlangsung di Pusat Gimnastik Ariake itu, Jeremiah, 23, yang membuat penampilan pertama di pentas Olimpik mencatat 13.100 mata dalam senaman lantai dan 12.266 bagi aksi kekuda berpelana.

Dia kemudian mengutip 7.700 mata dalam gelang roman dan 12.466 mata untuk kategori melombol.

Saingan dalam palang sejajar menyaksikan Jeremiah yang berasal dari Pulau Pinang mengutip 10.200 mata manakala aksi palang tunggal dia meraih 11.766 mata.

Pusingan kelayakan subdivision dua dan tiga juga akan berlangsung hari ini sekali gus kedudukan tersebut mungkin berubah dan akan diketahui kira-kira jam 10 malam ini.

“Jeremiah mengakhiri saingan di kedudukan ke-19. Akan ada pusingan kelayakan subdivision dua dan tiga petang ini. Keputusan akhir akan diketahui kira-kira 10 malam ini,” kata Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menerusi ciapan sebentar tadi.

Hanya 24 gimnas terbaik dengan maksimum dua wakil setiap negara layak ke final bagi acara individu all-around yang akan berlangsung Rabu ini.

Saingan kelayakan kali ini dibahagikan kepada tiga kumpulan dengan kumpulan kedua dan ketiga dijadual turun beraksi pada petang dan malam ini.

Selain Jeremiah, seorang lagi gimnas negara Farah Ann Abdul Hadi dijadualkan untuk membuat penampilan sulungnya esok pada pusingan kelayakan all around wanita.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya