ROME: Jordan Henderson gembira dapat menjaringkan gol untuk England dalam penampilan ke-62 bersama Three Lions ketika aksi suku akhir Euro 2020 menentang Ukraine.
Skuad kendalian Gareth Southgate menundukkan Ukraine yang dikendali Andriy Shevchenko 4-0 untuk bertemu Denmark di separuh akhir Rabu ini.
“Malam yang amat baik. Sangat gembira dengan tahap persembahan dan permulaan yang baik dengan gol awal dan kami meneruskan rentak dari situ.
“Kami bertahan dengan baik sebagai satu pasukan, menjaringkan gol-gol hebat, mencipta peluang-peluang terbaik.
“Kami perlu berpuas hati dengan persembahan keseluruhan. Kami mempunyai perlawanan besar Rabu ini, kami perlu berehat dan mencurahkan segalanya Rabu ini,” katanya.
Kapten Liverpool itu turut menekankan kepentingan pemain-pemain simpanan seperti Dominic Calvert-Lewin, Marcus Rashford dan Jude Bellingham yang akhirnya dapat beraksi.
“Kami perlu berusaha sebaik mungkin untuk ke final,” katanya. – AGENSI