Harry terpaksa pujuk isteri - Utusan Malaysia

Harry terpaksa pujuk isteri

HARRY Kane menenangkan isterinya, Kate selepas England tewas kepada Itali dalam final Euro 2020.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Harry Kane terpaksa menenangkan isterinya, Kate selepas England dikecewakan Itali dalam penentuan sepakan penalti pada final Euro 2020.

Impian kapten England itu untuk menjulang kejuaraan dan mengakhiri penantian 55 tahun Three Lions berkecai apabila Itali muncul juara menerusi kemenangan 3-2 dalam penentuan sepakan penalti selepas 120 minit permainan berkesudahan 1-1.

Kane, 27, dan Harry Maguire berjaya menyempurnakan sepakan, namun tiga pemain muda – Marcus Rashford, Jadon Sancho dan Bukayo Saka gagal menyudahkan penalti masing-masing.

Walaupun penjaga gol, Jordan Pickford cemerlang menyelamatkan dua sepakan penalti, namun ia tidak cukup untuk menyelamatkan England daripada kekalahan.

Anak-anak buah Gareth Southgate melalui detik yang sangat mengecewakan ketika wisel penamat ditiupkan dengan pemain seperti Declan Rice dilihat menitiskan air mata.

Menonton dari tempat duduk penonton, isteri Kane, Kate antara penyokong yang terlalu kecewa. Beberapa foto menunjukkan Kane memeluk kekasih dari zaman kanak-kanaknya itu sambil mengesat air mata.

Sebelum perlawanan akhir, Kate berkongsi mesej menyentuh perasaan yang diberikan isterinya, yang mana Kate menyatakan betapa ‘bangganya’ dia terhadap penyerang Tottenham Hotspur itu.

Kane menamatkan kejohanan dengan empat gol, kurang satu untuk menerima anugerah Kasut Emas yang menjadi milik Cristiano Ronaldo.

Bercakap selepas perlawanan, Kane menegaskan bagaimana kekalahan menerusi penalti adalah ‘perasaan terburuk di dunia.’ – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya