Harimau Selatan sedia 'luaskan kuasa' - Utusan Malaysia

Harimau Selatan sedia ‘luaskan kuasa’

PEMAIN JDT melakukan persiapan terbaik menjelang pertemuan menentang UiTM FC dalam aksi Liga Super malam ini. – IHSAN JOHOR SOUTHERN TIGERS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas lebih dua bulan Liga Super berehat, Johor Darul Ta’zim (JDT) kembali beraksi malam ini dengan misi mengukuhkan kedudukan pendahulu apabila menerima kunjungan UiTM FC di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.

Turun dengan reputasi juara tujuh kali berturut-turut, Harimau Selatan menjadi pilihan untuk memenangi pertemuan antara dua ‘darjat’.

Ketika skuad Lions Troops bimbingan Frank Bernhardt bergelut dengan prestasi, menduduki tangga tercorot dan gagal memenangi kesemua 13 perlawanan, JDT sebaliknya mengungguli liga dengan 30 mata.

Ramai menjangkakan ‘pesta gol’ mungkin berlaku melihat kepada kekuatan Harimau Selatan yang menang 4-0 dalam aksi pertama menentang UiTM FC, Mac lalu.

Pasukan itu juga hanya kalah sekali musim ini dan memenangi dua perlawanan terakhir sebelum liga berehat.

Biarpun bek tengah, Mauricio masih dibelenggu kecederaan, namun JDT memiliki ramai lagi pemain bintang, malah ‘senjata’ baharu mereka, Shane Lowry mungkin diturunkan buat pertama kali.

“Kejayaan menundukkan Penang FC 3-0 pada 8 Mei di Stadium Bandaraya memberi keyakinan bahawa JDT berada pada laluan sebenar,” tulis Johor Southern Tigers.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya