Gimnas berusia 46 tahun curi tumpuan - Utusan Malaysia

Gimnas berusia 46 tahun curi tumpuan

RATU gimnas negara, Farah Ann Abdul Hadi (kanan) bergambar bersama Oksana Chusovitina (dua kanan) dari Uzbekistan pada Sukan Olimpik 2020 di Pusat Gimnastik Ariake, Tokyo, kelmarin.- IHSAN FACEBOOK FARAH ANN ABDUL HADI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Legenda gimnas, Oksana Chusovitina mengakui keadaan anak lelakinya yang mengidap leukemia mendorongnya untuk terus berjuang dalam sukan tersebut biarpun dirinya hampir mencecah separuh abad.

Chusovitina muncul satu-satunya atlet yang mewakili tiga negara iaitu Soviet Union, Jerman dan kini Uzbekistan, sejak kali pertama layak ke Sukan Olimpik pada 1992.

Dalam temasya di Tokyo itu merupakan penyertaan kelapan berturut-turut buat gimnas berusia 46 tahun tersebut.

Chusovitina turut mengesahkan temasya di Tokyo merupakan pentas Olimpik terakhirnya, sebelum menerima tepukan gemuruh daripada semua orang yang berada di venue perlawanan kelmarin.

“Secara fizikal, saya berasa sihat tetapi saya rasa tidak sedap hati. Namun, saya gembira dengan keputusan ini.

“Anak sulung saya sudah berusia 22 tahun. Saya mahu menumpukan perhatian sebagai ibu dan isteri.

“Saya sukakan gimnastik. Ia seakan membisik kepada saya bahawa ‘kenapa saya tidak perlu berlatih dan membuat persembahan selagi anda mampu?’.

“Jika saya berhenti, saya fikir saya telah mensia-siakan sebuah perjalanan,” katanya yang turut berada bersama ratu gimnas negara, Farah Ann Abdul Hadi dalam Kumpulan 4 pada kelayakan acara all-rounder, kelmarin.

Selama tiga dekad selaku gimnas, Chusovitina pernah mencatat kejayaan di Olimpik apabila menggondol satu emas di Olimpik 1992, diikuti perak pada edisi 2008.

Selain itu, Chusovitina juga telah memenangi 11 pingat di Kejohanan Dunia melibatkan tiga emas, empat perak, empat gangsa); dua pingat di Piala Dunia (satu emas dan gangsa); Sukan Asia (8 pingat); Kejohanan Asia (4 pingat) dan Kejohanan Eropah (4 pingat).- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya