PETALING JAYA: Atlet golf negara, Gavin Green berada di kedudukan ke-58 pusingan pertama golf Sukan Olimpik Tokyo 2020, hari ini selepas acara itu ditangguhkan akibat ribut petir di Kasumisageki Country Club.
Gavin sekadar mencatakan 74 pukulan, tiga di atas par untuk berkongsi kedudukan denga C.T Pan dari Taiwan ktinggalan 11 pukulan di belakang Sepp Straka dari Austria yang merekodkan keputusan 63 pukulan, lapan di bawah par.
Permainan dihentikan kira-kira pukul 1 petang waktu tempatan dengan 27 daripada 60 pemain tidak dapat menghabiskan saingan 18 lubang pada hari pertama selepas petir kelihatan di lapangan itu.
Juara Terbuka British, Collin Morikawa dari Amerika Syarikat (AS) gagal menamatkan saingan dengan berbaki lima lubang bersama dengan pasangannya Rory McIlroy.
Wakil tuan rumah, Hideki Matsuyama, yang juga juara The Masters menamatkan saingan dengan 69 pukulan, dua di bawah par.