Gara-gara peminat 'pancar' laser, England didenda RM149,000 - Utusan Malaysia

Gara-gara peminat ‘pancar’ laser, England didenda RM149,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAUSANNE: Persatuan Bola Sepak England (FA) didenda 30,000 euro (RM149,000) gara-gara penyokong mereka memancarkan laser ke muka penjaga gol Denmark, Kasper Schmeichel ketika England menang separuh akhir Euro 2020.

Badan induk bola sepak Eropah, UEFA dalam satu kenyataan hari ini berkata, FA turut bersalah atas gangguan yang dilakukan peminatnya ketika lagu kebangsaan kebangsaan Denmark sedang dimainkan dalam separuh akhir, selain bertanggungjawab dengan tindakan segelintir penyokong mereka yang bermain mercun.

Akhbar Britain menyiarkan gambar pancaran laser ditujukan ke muka Schmeichel ketika penjaga gol tersebut bersiap sedia untuk menunggu Harry Kane mengambil sepakan penalti pada masa tambahan.

“Saya tidak perasan mengenainya ketika sepakan penalti kerana ia berada di belakang saya di sebelah kanan.

“Tetapi, saya mula perasan mengenai pancaran laser itu pada babak kedua. Saya ada beritahu pengadil dan dia kemudian bercakap dengan seorang penjaga garisan,” kata Schmeichel.

England mengalahkan Denmark 2-1 dan akan berdepan Itali dalam final di Wembley esok, yang juga final pertama mereka pada kejohanan utama sejak menang Piala Dunia 1966.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya