Ganjaran istimewa menanti 'hero' emas Olimpik Malaysia - Utusan Malaysia

Ganjaran istimewa menanti ‘hero’ emas Olimpik Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selain imbuhan yang bakal dinikmati di bawah Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM), ganjaran istimewa bakal menanti ‘hero’ yang berjaya menyumbangkan pingat emas pertama Malaysia dalam Sukan Olimpik di Tokyo.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican tidak menolak, ganjaran tersebut tidak melibatkan imbuhan SHAKAM seperti yang pernah diterima beberapa pemenang pingat terdahulu.

REEZAL Merican Naina Merican turut mengumumkan tiga pingat, termasuk sebutir emas menjadi sasaran Malaysia di Tokyo 2020.

“Sejak Olimpik 2012, skim hadiah kemenangan sukan atau SHAKAM ditingkatkan nilainya dengan pemenang pingat emas Olimpik dan Paralimpik yang asalnya RM300,000 (naik) kepada RM1 juta dan imbuhan itu masih kekal.

“Jumlah ganjaran RM1 juta untuk pingat emas, RM300,000 perak dan gangsa RM100,000. Setakat ini 13 atlet Olimpik sudah menikmati SHAKAM.

“Bagaimanapun tuan puan pun dengar ketika Perdana Menteri datang sempurnakan Lambaian Juara Demi Malaysia baru-baru ini, beliau mengungkapkan, kalau siapa menang pingat emas, kerajaan akan menyediakan ganjaran tertentu yang istimewa atau ganjaran khas.

“Saya tidak boleh komen lanjut mengenai ini kerana ia diumumkan oleh Perdana Menteri dan saya yakin itu adalah semangat dan hasrat Perdana Menteri ingin memberi ganjaran atas perjuangan atlet,” katanya dalam sidang akhbar secara maya selepas mesyuarat Lembaga Pengurus Majlis Sukan Negara (MSN) hari ini.

PEMAIN badminton negara mulakan latihan pertama di Tokyo hari ini.

Reezal Merican juga berkata penaja MSN, FWD Takaful Berhad akan memberi insentif kepada atlet yang berjaya meraih pingat pada Sukan Paralimpik Tokyo.

“Terima kasih kepada FWD Takaful Berhad kerana melanjutkan penajaan berbentuk wang tunai dengan jumlah RM5 juta keseluruhan bagi 2020 dan 2021 kepada MSN termasuk membantu persediaan atlet para ke Paralimpik Tokyo 2020 dan kejohanan lain.

“FWD Takaful Berhad akan bagi insentif tambahan kepada atlet yang berjaya meraih pingat di temasya Sukan Paralimpik nanti. Bagi pemenang pingat emas FWD Takaful Berhad akan memberi sebanyak RM100,000 manakala RM50,000 kepada pemenang perak dan RM30,000 untuk pemenang pingat gangsa.

“FWD Takaful Berhad juga mempertimbangkan bagi memanjangkan insentif sama kepada jurulatih. Terima kasih kepada FWD dengan penajaan ini yang menjadi suntikan semangat untuk mereka berjuang di Tokyo nanti,” katanya.

PENEMBAK negara, Nur Suryani Taibi memulakan latihan di Tokyo.

Pada Sabtu lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menyempurnakan majlis Lambaian Juara Demi Malaysia di Lapangan Terbangsa Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berkata, ganjaran istimewa bakal menanti atlet yang berjaya merealisasikan impian emas pertama Malaysia di Olimpik Tokyo 2020.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya