Federer, Konta tarik diri Sukan Olimpik - Utusan Malaysia

Federer, Konta tarik diri Sukan Olimpik

GAMBAR fail ketika Roger Federer beraksi dalam Sukan Olimpik 2012 di London.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Pemilik 20 gelaran Grand Slam, Roger Federer dan bintang Great Britian, Johanna Konta menjadi nama besar terbaharu menarik diri daripada acara tenis di Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Bekas pemain No. 1 dunia dan legenda Switzerland, Federer mengumumkan penarikan diri hari ini kerana masih dalam proses pemulihan kecederaan lutut yang menyebabkan dia tersingkir pada suku akhir di Wimbledon minggu lalu.

“Ketika sesi latihan di padang rumput, saya mengalami rasa sakit yang berulang di lutut dan sebab itu saya terpaksa membuat keputusan menarik diri dari Sukan Olimpik Tokyo.

“Saya mahu mendoakan selamat berjaya buat seluruh kontinjen Switzerland. Saya akan memberi sokongan padu dari jauh,” kata Federer, yang menjalani dua pembedahan lutut tahun lalu.

JOHANNA KONTA

Bekas pemain No. 4 dunia, Konta, 30, pula terpaksa menarik diri akibat positif Covid-19.

Tenis Sukan Olimpik sudahpun kehilangan ramai bintang seperti Rafael Nadal, Dominic Thiem, Stanislas Wawrinka, Nicholas Kyrgios, Serena Williams, Simona Halep dan Bianca Andreescu.

Juara Wimbledon yang juga pemain No. 1 dunia, Novak Djokovic pula masih 50-50 sama ada mahu beraksi di Tokyo atau tidak. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya