F1, MotoGP Australia mungkin batal lagi - Utusan Malaysia

F1, MotoGP Australia mungkin batal lagi

(GAMBAR FAIL) kakitangan Ferrari mengemas barang-barang selepas penganjur mengumumkan pembatalan Grand Prix Australia ketika mereka sudah bersiap sedia untuk memulakan sesi latihan bebas, musim lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELBOURNE: Grand Prix (GP) Formula Satu (F1) dan MotoGP Australia mungkin dibatalkan buat tahun kedua berturut-turut ekoran kebimbangan terhadap pandemik Covid-19.

Kedua-dua perlumbaan sepatutnya berlangsung pada Oktober dan November ini, namun berdepan kesukaran selepas kerajaan Australia menetapkan peraturan kuarantin wajib selama 14 hari untuk mereka yang tiba di negara itu.

Agensi berita, AFP difahamkan Ketua Perbadanan Grand Prix Australia, Andrew Westacott akan membuat kenyataan rasmi berhubung perkara itu.

GP Australia yang biasanya menjadi acara pembuka tirai F1 setiap musim sudahpun diubah dari Mac ke November iaitu selepas GP Brazil dan sebelum perlumbaan sulung di Arab Saudi.

MOTOGP Australia mungkin menerima nasib sama seperti F1, dibatalkan penganjurannya buat tahun kedua berturut-turut akibat kebimbangan terhadap pandemik Covid-19. 

Pembatalan itu bermakna Litar Albert Park, Melbourne kini tanpa aksi F1 buat tahun kedua, namun penganjur mengambil tindakan lebih dramatik musim lalu apabila membatalkan perlumbaan sebelum bermula sesi latihan bebas.

GP Singapura yang sepatutnya berlangsung pada 3 Oktober depan turut dibatalkan berikutan kebimbangan pandemik Covid-19.

Sementara itu, MotoGP Australia dibatalkan dalam kalendar musim lalu dan dijadual berlangsung di Phillip Island pada 24 Oktober depan.

Ketika Australia dianggap antara negara paling berjaya membendung penularan wabak itu, Melbourne bergelut kerana perlu berdepan tempoh berkurung beberapa kali. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya