Eriksen, paramedik dapat tiket percuma ke final Euro 2020 - Utusan Malaysia

Eriksen, paramedik dapat tiket percuma ke final Euro 2020

Christian Eriksen tidak dibenarkan beraksi bersama Inter Milan selagi mana alat pendetak jantung yang dipakainya tidak dikeluarkan bagi membuktikan dia sihat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Badan bola sepak Eropah, UEFA menjemput perancang Denmark, Christian Eriksen dan paramedik yang membantu menyelamatkan nyawanya, untuk hadir menyaksikan perlawanan akhir Euro 2020 di Stadium Wembley, Isnin depan.

UEFA berkata, Eriksen, pasangannya dan enam ahli paramedik dijemput ke pentas akhir tersebut, namun tiada pengesahan kehadiran diterima setakat ini.

Perancang tengah Inter Milan itu mengalami serangan jantung sewaktu mewakili Denmark menentang Finland dalam aksi pembukaan peringkat kumpulan Euro 2020 di Stadium Parken, Conpenhagen.

Salah seorang ahli paramedik, Peder Ersgaard berkata, adalah satu penghortan apabila mendapat jemputan bertaraf VIP dari Presiden UEFA, Aleksander Ceferin.

“Saya sangat teruja, seperti kanak-kanak ketika menyambut Hari Krismas. Saya sangat berbangga dengan usaha saya, termasuk seluruh pasukan. Ia bukan hasil usaha saya seorang.

“Saya berharap Denmark menentang Italy dalam saingan akhir nanti. Ia akan menjadi satu perlawanan yang sangat besar.

“Bayangkan, jika Denmark menjuarai kejohanan Eropah,” kata Ersgaard.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya