England waspada ‘gelombang emosi’ Denmark - Utusan Malaysia

England waspada ‘gelombang emosi’ Denmark

GARETH Southgate memberi amanat kepada pemain England dalam latihan di St George’s Park, Burton upon Trent semalam menjelang pertemuan menentang Denmark dalam separuh akhir Euro 2020, Khamis ini. – Ihsan England Football Team
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Gareth Southgate memberi amaran kepada anak-anak buahnya Denmark akan membawa gelombang emosi yang kuat menuju ke saingan separuh akhir Euro 2020 pada Khamis ini.

Bola sepak dunia dikejutkan dengan perancang Denmark, Christian Eriksen, yang mengalami serangan jantung ketika menentang Finland dalam aksi pembukaan mereka di Euro 2020.

Pengendali England itu percaya, trauma tersebut telah menguatkan lagi semangat skuad ­Danish Dynamite menjelang aksi di Stadium Wembley, London.

“Kami bercakap tentang per­spektif dalam sukan di mana ia jarang berlaku.

“Ketika Christian rebah, seluruh dunia termasuk kami hadir memberi sokongan.

“Jadi, anda juga boleh lihat apabila insiden itu berlaku, hubungan di antara setiap pemain Denmark juga semakin kuat.

“Apa yang mereka lalui pada waktu itu, cara kapten mereka ­(Simon Kjaer) bertindak, cara pemain bersatu dan cara bagaimana mereka berhubung dengan penyokong, ia sangat menakjubkan

“Mereka membawa gelombang emosi yang besar dan sudah tentu ia akan menjadi sumber kekuatan Denmark yang datang ke Wembley

“Bagaimanapun saya tahu, pemain kami berada di tahap terbaik ketika mereka tenang dan proses ini sangat jelas,” kata Southgate.

PEMAIN England menjalani latihan santai semalam menjelang pertemuan menentang Denmark.

England turun dengan motivasi tinggi untuk memburu tiket ke perlawanan akhir Euro buat kali pertama dalam sejarah.

Biarpun sering menjadi pilihan dalam kejuaraan utama, pencapaian terbaik Three Lions di pentas Eropah adalah menamatkan ­saingan di tangga ketiga pada 1996 dan 1968.

Berjaya melangkah ke separuh akhir Piala Dunia 2018 adalah titik kebangkitan bola sepak England yang kali terakhir menjulang trofi Piala Dunia pada 1966. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya