England hanya ada ‘trofi berkarat 1966’ - Utusan Malaysia

England hanya ada ‘trofi berkarat 1966’

ENGLAND gagal memenangi trofi utama sejak kali terakhir menjuarai Piala Dunia 1966.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Bekas bintang Itali, Alessandro Altobelli mendakwa, England sering menganggap diri mereka amat hebat, namun hakikatnya Three ­Lions hanya mempunyai trofi ‘berkarat’ yang sudah disimpan dalam kabinet sejak 1966.

Bekas penyerang Juventus yang membawa Azzurri muncul juara Piala Dunia 1982 itu menegaskan, kejayaan Itali mengalahkan England dalam final Euro 2020 amat memberi kepuasan buatnya.

“England sering merasakan mereka hebat, paling kuat dan bermain dengan cantik tapi mereka hanya ada trofi berka­rat yang dimenangi pada 1966! Pergi lihat kabinet kami, ia penuh!” katanya yang pernah membuat 61 penampilan bersama England.

ALESSANDRO ALTOBELLI

Sementara itu, pemain sayap Juventus, Federico Bernardeschi gembira dengan kejayaan itu dan menyifatkan musim ini paling sukar buatnya.

“Kami selayaknya menang. Secara peribadi, saya banyak menderita, bukan musim mudah buat saya.

“Keadaan sangat sukar tetapi saya tahu, kerja keras adalah jalan penyelesaian jika perkara tidak berjalan baik.

“Terima kasih rakan sepa­sukan dan kepada mereka yang mempercayai saya. Kami juara Eropah dan saya tidak pernah takut untuk berdepan cabaran baharu,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya