Enam positif Covid-19 selepas pulang dari Sepanyol - Utusan Malaysia

Enam positif Covid-19 selepas pulang dari Sepanyol

BAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai enam pemain badminton negara yang baru pulang daripada menyertai kejohanan Antarabangsa Sepanyol pada pertengahan bulan lalu didapati positif ujian Covid-19.

Perkara tersebut disahkan oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam satu kenyataan, dengan memaklumkan kesemua mereka sedang menjalani kuarantin kendiri mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

“Setelah diuji positif, kesemuanya telah dihantar ke pusat kuarantin dan mereka tidak menunjukkan gejala penyakit.

“Mereka juga tidak dibawa ke Akademi Badminton Malaysia (ABM) sejak pulang dari kejohanan itu dan tidak berinteraksi dengan pemain kebangsaan yang sedang dalam persiapan menuju Sukan Olimpik 2020 Tokyo.

“Keenam-enam pemain ini hanya akan melaporkan diri ke BAM selepas kesemua wakil olimpik negara berlepas ke Jepun.

“Semoga mereka dalam keadaan baik dan berharap segera sembuh,” kata kenyataan tersebut menerusi laman sosial BAM, sebentar tadi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN