Emas pertama Olimpik 2020 milik siapa? - Utusan Malaysia

Emas pertama Olimpik 2020 milik siapa?

MARY TUCKER
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Tanpa kehadiran seorang pun pemenang pingat pada temasya Rio 2016, acara 10 meter air rifle wanita yang menawarkan emas pertama Sukan Olimpik Tokyo 2020 hari ini menjadi sangat terbuka.

Penembak Amerika Syarikat (AS), Mary Tucker yang menghuni ranking No. 2 dunia antara pilihan untuk membawa pulang emas, namun India meletakkan harapan tinggi kepada dua penembaknya iaitu atlet No. 1 dunia, Elavenil Valarivan dan Apurvi Chandela.

Pada temasya lima tahun lalu, Virginia Thrasher dari AS muncul juara 10m air rifle wa­nita, sekali gus menjadikannya pemenang pingat emas pertama Olimpik 2016.

Tanpa kehadirannya, penem­bak berusia 20 tahun, Tucker kini menggalas cabaran besar Amerika Syarikat.

Biarpun hanya membuat penampilan sulung Olimpik, namun Tucker bukan saja memasang impian besar untuk bergelar pemenang emas pertama Tokyo 2020, malah me­netapkan sasaran membawa pulang duaa kejuaraan.

ELAVENIL VALARIAN

“Saya teruja untuk membuat penampilan sulung di Sukan ­Olimpik, apatah lagi dengan prospek mampu menjadi pemenang pi­ngat emas pertama temasya.

“Saya sebenarnya merancang untuk membawa pulang dua pingat emas,” kata Tucker yang turut beraksi dalam 50m air rifle 3 posisi, 31 Julai ini.

Sementara itu, prestasi semasa Elavenil, 22, pemenang dua pingat emas Piala Dunia mele­takkannya sebagai harapan terbesar India untuk membutirkan emas biarpun hanya membuat penampilan sulung di Olimpik.

Selain emas tumpuan dalam 10m air rifle wanita, hari kedua Sukan Olimpik 2020 turut me­nyaksikan 10 lagi pingat emas menjadi rebutan termasuk dalam 10m air pistol lelaki.

Lawan pedang (epee wanita, sabre lelaki), judo (48 kilogram wanita, 60kg lelaki) dan taekwondo (49kg wanita, 58kg lelaki) masing-masing menawarkan dua pingat emas.

Sebutir emas pula menjadi rebutan dalam memanah (berpasukan campuran), berbasikal (lebuh raya lelaki) serta angkat berat (40kg wanita). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya