Emas Olimpik jadikan Hidilyn jutawan - Utusan Malaysia

Emas Olimpik jadikan Hidilyn jutawan

KEJAYAAN menghadiahkan pingat emas pertama Filipina dalam Sukan Olimpik membolehkan Hidilyn Diaz habuan lumayan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Kejayaan menghadiahkan pingat emas pertama Sukan Olimpik buat Filipina membolehkan bintang angkat berat, Hidilyn Diaz bakal menerima ganjaran 33 juta peso (RM2.7 juta) dan sebuah rumah daripada kerajaan.

Hidilyn, 30. yang turun mencuri tumpuan peminat sukan Malaysia kerana melakukan persiapan Olimpik di Jasin, Melaka menjuarai saingan 55 kilogram (kg) wanita kelmarin.

Dia berjaya melakukan angkatan peribadi terbaik 127kg dalam clean and jerk sebelum melengkapkan angkatan keseluruhan dengan 224kg.

Mengikut skim insentif Filipina, pingat emas Olimpik memberikan ganjaran 10 juta peso (RM840,000).

Bagaimanapun dua tokoh korporat, Manny Pangilinan dan Ramon Ang masing-masing menyumbangkan 10 juta peso, manakala Timbalan Speaker, Mikee Romero menyumbang wang peribadi 3 juta peso (RM250,000).

“Sukar untuk dipercayai, ia impian menjadi kenyataan. Saya mahu beritahu generasi muda Filipina bahawa anda juga boleh menyimpan impian untuk memenangi pingat emas. Inilah permulaan saya dan akhirnya saya mampu memenuhinya.

“Saya mahu menikmati kehidupan selepas ini kerana sudah berada di Malaysia hampir dua tahun. Saya bersyukur kerana dapat kembali ke tanah air dan meraikan kejayaan ini bersama keluarga serta mereka yang sentiasa menyokong saya,” kata Hidilyn yang menangis di atas podium sepanjang lagu kebangsaan Filipina dimainkan. –

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya