Dua lagi rekod dunia lebur di kolam renang - Utusan Malaysia

Dua lagi rekod dunia lebur di kolam renang

KUAKAN Caeleb Dressel bukan saja menghasilkan emas, malah rekod dunia 100 meter kuak kupu-kupu lelaki di Tokyo hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Lima rekod dunia sudah terhasil di kolam renang Sukan Olimpik Tokyo 2020 setakat ini selepas perenang sensasi Amerika Syarikat (AS), Caeleb Dressel dan pasukan 4×100 meter rampaian campuran Britain memecah rekod baharu hari ini.

Pasukan renang Britain yang turut diperkuatkan Adam Peaty memecah rekod dunia untuk memenangi pingat emas 4x100m rampaian campuran yang kali pertama diperkenalkan di Olimpik.

Kuartet tersebut mengenepikan cabaran sengit China dan Australia. Pasukan yang turut dianggotai Kathleen Dawson, James Guy dan Anna Hopkin dengan kepantasan 3 minit 37.58 saat, memadam rekod milik kuartet China 3:38.41s yang dilakukan di Qinddao, tahun lalu.

China meraih pingat perak dalam saingan di Pusat Akuatik Tokyo dengan masa 3:38.86s, manakala Australia membawa pulang gangsa menerusi 3:38.95s.

KUARTET Britain (dari kiri) Adam Peaty, James Guy, Anna Hopkin dan Kathleen Dawson meraikan kejayaan memenangi pingat emas 4×100 meter rampaian campuran.

Terdahulu, Dressel memecah rekod dunia miliknya sendiri untuk memenangi acara 100m kuak kupu-kupu.

Juara dunia dua kali itu mencatat masa 49.45s untuk memperbaiki catatan lamanya, 49.50s yang direkodkan dalam Kejohanan Dunia 2019.

Juara 200m kuak kupu-kupu dari Hungary, Kristof Milak meraih perak dengan catatan 49.68s, manakala gangsa milik Noe Ponti dari Switzerland (50.74s).

Tiga lagi rekod dunia yang terhasil di kolam renang sebelum ini dilakukan oleh Tatjana Schoenmaker dari Afrika Selatan dalam 200m meter kuak dada wanita, selain kuartet 4x100m rampaian wanita Australia dan 4×200 meter gaya bebas berganti-ganti wanita China. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya