Debaran tiba di kemuncak - Utusan Malaysia

Debaran tiba di kemuncak

ORANG ramai mula berkumpul di jam besar Sukan Olimpik Tokyo 2020 di Tokyo semalam untuk menghitung detik temasya dibuka secara rasmi malam ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tidak sabar hendak turun ke gelanggang, namun dalam masa sama berdebar.

Itulah yang dirasai atlet negara, terutama mereka yang bakal memulakan kempen Sukan Olimpik Tokyo 2020 pada hari pertama temasya dibuka secara rasmi hari ini.

Khairul Anuar Mohamad dan Syaqiera Mashayikh akan ‘merasmikan’ Olimpik kontinjen Malaysia dengan menjadi atlet negara pertama turun ke gelanggang apabila beraksi pada pusingan ranking.

Biarpun tiada pingat ditawarkan, namun ia saingan ranking amat penting buat Khairul Anuar dan Syaqiera untuk mendapatkan ‘feel’, sebelum bersaing di peringkat penyingkiran beregu campuran esok.

KHAIRUL Anuar Mohamad dan Syaqiera Mashayikh akan ‘merasmikan’ lapangan memanah hari ini. – IHSAN KONTINJEN MALAYSIA

Gelanggang badminton pula akan ‘dirasmikan’ esok melibatkan tiga wakil Malaysia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik (beregu lelaki), Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean (beregu wanita) dan Chan Peng Soon-Goh Liu Ying (beregu campuran) dalam peringkat kumpulan.

Bagi Liu Ying, biarpun bakal membuat penampilan ketiga di Sukan Olimpik, namun penampilan kali ini paling mendebarkan kerana dia bakal membawa Jalur Gemilang dalam upacara pembukaan bersama Lee Zii Jia.

GOH Liu Ying bergambar bersama logo Sukan Olimpik Tokyo 2020. – IHSAN FACEBOOK GOH LIU YING

“Ini kali pertama saya diberi tanggungjawab sebagai pembawa bendera. Jadi, ada sedikit tekanan dan perasaan gementar, diharapkan semuanya berjalan lancar.

“Apapun, ini satu penghormatan buat saya sepanjang kerjaya sebagai pemain badminton negara,” kata Liu Ying yang memenangi pingat perak pada Olimpik Rio 2016 bersama pasangannya, Chan Peng Soon.

Gimnastik artistik juga akan membuka tirai esok dengan Jeremiah Loo bersaing dalam pusingan kelayakan individu, manakala bintang renang negara, Welson Sim akan berentap pada perlumbaan saringan 400 meter gaya bebas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya