Colombia tamatkan Copa America di tangga ketiga - Utusan Malaysia

Colombia tamatkan Copa America di tangga ketiga

PEMAIN Colombia meraikan kejayaan menduduki tangga ketiga Copa America selepas menewaskan Peru di Stadium Mane Garrincha, Brasilia hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRASILIA: Luis Diaz muncul wira Colombia apabila meledak gol kemenangan sensasi pada waktu kecederaan untuk membantu negaranya menamatkan kempen Copa America di tangga ketiga dengan menumpaskan Peru 3-2 hari ini.

Perlawanan itu berlangsung dengan amat mendebarkan kerana kedua-dua pasukan saling mengejar kedudukan bermula dan melancarkan serangan.

Selepas Yoshimar Yotun membuka jaringan Peru pada minit ke-45, Colombia tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan menerusi ketua pasukan, Juan Cuadrado, empat minit selepas separuh masa kedua bersambung.

Diaz kemudian meletakkan Colombia di depan pada minit ke-66 apabila berjaya melepasi kawalan pertahanan Peru dan untuk melakukan rembatan jauh melepasi penjaga gol, Pedro Gallese.

Ketika perlawanan berbaki tujuh minit untuk ditamatkan, tandukan Gianluca Lapadula hasil sepakan penjuru berjaya menyamakan kedudukan 2-2 dan saingan seakan bakal diheret ke penentuan sepakan penalti.

Bagaimanapun, empat minit memasuki waktu kecederaan, percubaan Diaz dari jarak 22 meter memastikan Colombia menamatkan kempen di tempat ketiga. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya