TOKYO: China melakar kejutan terbesar dalam Sukan Olimpik 2020 apabila menjuarai acara renang 4×200 meter gaya bebas berganti-ganti wanita bersama rekod baharu dunia sebentar tadi.
Kuartet yang dibarisi Yang Junxuan, Zhang Yufei, Li Bingjie dan Tang Muhan itu mencecah penamat dengan kepantasan 7 minit 40.33 saat untuk mengatasi dua pasukan pilihan, Amerika Syarikat (7:40.73s) serta Australia (7:41.29s).
Kesemua tiga pasukan tersebut berjaya mencatat masa di bawah catatan rekod dunia, 7:41.50s yang dilakukan oleh Australia pada Kejohanan Dunia 2019. – AFP