Cavendish menang lagi - Utusan Malaysia

Cavendish menang lagi

MARK Cavendish meraikan kejayaan menjuarai peringkat ke-10 Tour de France sejauh 190 kilometer dari Albertville ke Valence hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

VALENCE, Perancis: Mark Cavendish memenangi peringkat ketiganya dalam Tour de France (TdF) 2021 hari ini dan memerlukan satu lagi kemenangan untuk menyamai rekod sepanjang zaman Eddy Merckx yang memenanvgi 34 perlumbaan utama.

Pada perlumbaan peringkat ke-10 yang berakhir di laluan landai dari Albertville ke Valence, pelumba Britain berusia 36 tahun itu mengenepikan dua pencabar dari Belgium, Wout van Aert dan Jasper Philipsen untuk mengekalkan jersi hijau selaku raja pecut.

Cavendish yang didaftar oleh pasukan Deceuninck pada saat akhir bagi menggantikan pelumba yang cedera sebelum ini menamatkan kemarau kemenangan lima tahun dengan menjuarai peringkat keempat serta keenam.

MARK Cavendish (baju hijau) muncul pemecut terpantas di peringkat ke-10.

Juara dunia 2009 yang terkenal dengan julukan Manx Missile tidak mempunyai pasukan Disember lalu sebelum dibawa masuk oleh bekas mentornya, Patrick Lefevere.

Sementara itu, penyandang juara, Tadej Pogacar, 22, mengekalkan jersi kuning selaku pendahulu keseluruhan menjelang peringkat pendakian di Mont Ventoux, hari ini.

Pada peringkat ke-10, peloton dibawa melalui Lembah Rhone yang mengagumkan di mana 165 daripada 184 pelumba yang masih meneruskan persaingan kelihatan lebih santai apabila kembali berlumba selepas sehari berehat. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya