Cabaran Khairulnizam, Nur Shazrin berakhir - Utusan Malaysia

Cabaran Khairulnizam, Nur Shazrin berakhir

NUR SHAZRIN LATIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Cabaran dua pelayar negara, Khairulnizam Mohd. Afendy dan Nur Shazrin Latif dalam Sukan Olimpik berakhir hari ini selepas gagal melayakkan ke saingan akhir.

Selepas melengkapkan 10 perlumbaan, Khairulnizam menamatkan perlumbaan laser standard lelaki di kedudukan ke-28 keseluruhan.

Pemenang pingat perak Sukan Asia 2018 itu menutup perlumbaan kesembilan di tangga ke-23 sebelum menamatkan perlumbaan ke-10 di Teluk Enoshima pada kedudukan ke-20.

Hanya 10 pelayar terbaik layak ke pusingan akhir, sekali gus bersaing untuk merebut pingat.

KHAIRULNIZAM MOHD. EFENDY

Dalam saingan laser radial, Nur Shazrin mencatatkan keputusan lebih baik berbanding semalam apabila berada di kedudukan ke-26 keseluruhan.

Dia menutup perlumbaan kesembilan di tempat ke-16 dan ke-15 pada perlumbaan ke-10.

Dalam saingan 470 International wanita, gandingan Nuraisyah Jamil-Juri Karimah Noor Jamali masih gagal memperbaiki kedudukan apabila tamat perlumbaan kelima dan keenam dengan menamatkan saingan di tempat ke-20.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya