Brazil ke separuh akhir dengan 10 pemain - Utusan Malaysia

Brazil ke separuh akhir dengan 10 pemain

LUCAS Paqueta (dua dari kanan) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan ketika menentang Chile dalam separuh akhir Copa America di Stadium Nilton Santos, Rio de Janeiro hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIO DE JANEIRO: Beraksi dengan 10 pemain dalam sebahagian besar permainan, Brazil masih mampu menumpaskan Chile 1-0 untuk melangkah ke separuh akhir Copa America dan menempah pertemuan dengan Peru.

Pemain gantian, Lucas Paqueta membawa impak sebaik saja dimasukkan di babak kedua apabila menewaskan pertahanan lawan sebelum meledak gol tunggal kemenangan pada minit ke-47 di Stadium Nilton Santos hari ini.

Kurang dua minit kemudian, juara bertahan itu terpaksa bermain dengan 10 orang selepas terjahan keras Gabriel Jesus ke muka Eugenio Mena menyebabkan dia dilayangkan kad merah.

Chile bagaimanapun gagal memanfaatkan kelebihan tersebut biarpun berusaha keras dan melakukan segala-galanya untuk mencari gol penyamaan.

Eduardo Vargas menjangkakan dia berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-62, malangnya video bantuan pengadil (VAR) mendapati jaringan pemain tersebut ofsaid.

Pada minit ke-69, Mena melakukan hantaran dari kiri kepada Ben Brereton, tandukannya menyebabkan penjaga gol Brazil, Ederson merebahkan badan ke arah yang salah, malangnya bola melewati palang.

Ederson muncul wira Brazil apabila menyelamatkan beberapa percubaan bahaya Chile yang terdesak mencari gol penyamaan di hujung permainan.

Dengan kemenangan itu, Brazil yang memburu kejuaraan Copa America buat kali ke-10 akan mengulangi final 2019 di mana mereka mengalahkan Peru 3-1.

PEMAIN Peru, Miguel Trauco meraikan sepakan penalti terakhir yang membawa pasukannya mara ke separuh akhir Copa America hari ini. – AFP

Peru terlebih dulu meraih tiket separuh akhir selepas menewaskan Paraguay menerusi penentuan sepakan penalti 4-3 selepas perlawanan berakhir 3-3 pada waktu sebenar di Goiania.

Dua lagi lagi saingan suku akhir akan berlangsung esok melibatkan Argentina menentang Ecuador dan Uruguay bertemu Colombia. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya