Bos Gaurus jadi lauk Sang Penyu - Utusan Malaysia

Bos Gaurus jadi lauk Sang Penyu

DALAM keadaan pandemik cabaran MFL adalah memastikan Liga M dapat dijalankan dengan sebaik mungkin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Kempunan beraksi di Piala AFC menjadi motivasi buat pasukan Terengganu FC (TFC) dengan kemenangan bergaya 5-0 ke atas Perak di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di sini, sebentar tadi.

Tiga mata diraih membolehkan skuad kendalian Mohd. Nafuzi Zain itu berkongsi 30 mata di tangga kedua dengan pendahulu liga, Johor Darul Ta’zim (JDT) yang berkelebihan jaringan dan satu perlawanan.

Tuan rumah membuka tirai jaringan pada minit ke-19 hasil tolakan pemain sayap, Faisal Abdul Halim disusuli gol kedua selang empat minit menerusi sepakan penalti oleh David Da Silva.

Perak terus hilang punca selepas pemain importnya, Charles Machell, tertampan bola ke dalam jaring gol sendiri sekali gus melebarkan kelebihan buat skuad Sang Penyu tiga minit sebelum rehat.

Hasrat Perak untuk mencari gol sagu hati tidak kesampaian, sebaliknya TFC menambah gol keempat selepas umpanan Rahmat Makasuf disambar Hakimi Abdullah pada minit ke-72.

Pemain gantian, Nik Akif Syahiran Nik Mat menambah derita Perak hasil sepakan penalti sekali gus melengkapkan pesta gol 5-0 dalam masa kecederaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya