Bidikan sempurna Woo Jin sekat langkah Khairul - Utusan Malaysia

Bidikan sempurna Woo Jin sekat langkah Khairul

KHAIRUL ANUAR MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Aksi luar biasa Kim Woo Jin yang membidik 10 mata sempurna dalam semua panahannya menyekat langkah pemanah negara, Khairul Anuar Mohamad dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020, sebentar tadi.

Khairul, 29, menunjukkan persembahan baik di Lapang Sasar Yumenoshima dengan bidikan terendah dilakukan hanya lapan mata, namun prestasi Woo Jin luar biasa dan tiada cacat cela membolehkannya menang 6-0 untuk melangkah ke suku akhir recurve lelaki.

Kekalahan itu menyebabkan Khairul gagal mengulangi pencapaian terbaiknya mara ke suku akhir di Sukan Olimpik London 2012.

Pemanah Terengganu itu sudah melakukan segala-gala yang termampu untuk memenangi saingan dan mengelak kesilapan, namun jelas hari ini adalah hari buat lawannya yang sempurna sepanjang pertandingan.

Selepas langkahnya tersekat awal dalam penampilan ketiga Olimpik, Khairul berkata, dia mahu bangkit dan cuba memburu pencapaian lebih baik di Paris 2024.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya