Biar kalah ‘sorak’, menang pertarungan - Utusan Malaysia

Biar kalah ‘sorak’, menang pertarungan

PEMAIN Denmark tiba di London semalam menjelang pertemuan menentang England esok.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Biarpun awal-awal lagi sudah kalah ‘sorak’ gara-gara ramai penyokong tidak dapat memasuki Wembley, namun Denmark akan memastikan De Rod-Hvide tidak tewas dalam pertarungan menentang England esok.

Lebih 60,000 penonton bakal membanjiri Stadium Wembley, namun hanya segelintir peminat Denmark kerana sekatan perjalanan ke atas pengunjung dari negara itu yang berada dalam senarai merah pandemik Covid-19 menyebabkan ribuan penyokong terkandas.

Bagaimanapun jika 8,000 tiket yang diperuntukan kepada rakyat Denmark di United Kingdom (UK) disambar sepenuhnya, ia masih jumlah yang tinggi untuk menaikkan semangat anak-anak buah Kasper Hjulmand.

PEMAIN Denmark menjalani latihan akhir Helsingor sebelum berlepas ke London untuk berdepan England dalam separuh akhir Euro 2020 esok. – Ihsan Herrelandsholdet

“England akan mendapat sokongan padu tapi sokongan itu mungkin bertukar menjadi tekanan jika mereka tidak bermain dengan baik.

“Kami pula boleh bermain dengan lebih bebas. Kami selalu dapat mengatasi situasi sukar dan yakin mampu melakukan sesuatu (kejutan),” kata Hjulmand.

Pertahanan tengah Denmark dan Chelsea, Andreas Christensen yang sudah dua kali bermain di Wembley musim ini dalam Piala FA mengakui, tiada jurang besar besar antara pasukannya dengan England.

“Kalau dalam kalangan pemain sudah pasti mereka (pilih England sebagai pasukan pilihan).

“Saya rasa kami mempunyai kualiti untuk bermain melawan semua orang. Sebagai satu pasukan, saya tidak akan mengatakan bahawa mereka jauh lebih baik,” tegasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya