Beregu No. 1 dunia tunggu Aaron, Wooi Yik - Utusan Malaysia

Beregu No. 1 dunia tunggu Aaron, Wooi Yik

MARCUS Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo akan menanti Aaron Chia-Soh Wooi Yik di suku akhir Olimpik 2020.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Aaron Chia-Soh Woi Yik bakal berdepan cabaran getir dalam suku akhir Sukan Olimpik 2020 apabila diundi menentang pasangan No. 1 dunia, Kevin Sanjaya Sukamuljo-Marcus Gideon dari Indonesia.

Pasangan utama negara itu mengesahkan tiket suku akhir selaku naib juara Kumpulan D selepas mengalahkan beregu Kanada, Jason Ho-Nyl Yakura 21-15, 21-13 hari ini.

Aaron-Woi Yik yang menghuni ranking kesembilan dunia tidak pernah mengalahkan Kevin-Marcus dalam tujuh pertemuan sebelum ini, termasuk dalam suku akhir All England, Mac tahun lalu yang menyaksikan mereka tewas sengit 17-21, 19-21.

AARON Chia dan Soh Wooi Yik.

Pasangan No. 9 dunia itu bagaimanapun meletakkan harapan besar untuk mengubah nasib mereka apabila menentang beregu Indonesia itu, Khamis ini.

“Apa pun yang berlaku, kami perlu bersedia untuk saingan suku akhir. Kami akan terus berjuang tidak kira bertemu siapa,” kata pemain kelahiran Kuala Lumpur, Wooi Yik.

Jika berjaya menyingkirkan Kevin-Marcus, beregu No. 6 dunia, Li Jun Hui-Liu Yu Chen dari China atau pasangan Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen bakal menanti pada separuh akhir.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya