Azzurri sedia julang kejuaraan Eropah - Utusan Malaysia

Azzurri sedia julang kejuaraan Eropah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUNICH: Itali bukan saja menjadi pilihan menewaskan Sepanyol dalam separuh akhir, Rabu ini malah calon utama untuk menjulang kejuaraan Eropah kali ini.

Kejayaan membedil pasukan No. 1 dunia, Belgium 2-1 pada suku akhir membuktikan Azzu­rri sangat istimewa dan jauh lebih bagus berbanding lawan mereka Sepanyol.

“Itali memberi bayangan bahawa mereka sudah bersedia untuk menjadi juara Euro 2020.

“Bahagian serangan mereka sangat bagus. Kombinasi hantaran juga amat baik.

“Sepanyol juga ada kekuatan tersendiri tetapi mereka tidak konsisten seperti Itali,” kata ­legenda Jerman, Jurgen Klinsmann.

Anak-anak buah Roberto Mancini bagaimanapun bakal mengharungi separuh akhir tanpa bek kiri, Leonardo Spinazzola yang mengalami kecederaan Tendon Achilles.

Spinazzola yang cemerlang bersama Azzurri terpaksa dike­tepikan setahun akibat kecede­raan itu, yang turut mendorong kakak penjaga gol Belgium, Thibaut Courtois iaitu

Valerie meminta maaf di media sosial selepas mengeluarkan kenyataan tidak sepatutnya.

LEONARDO Spinazzola diusung keluar selepas mengalami kecederaan ketika menentang Belgium.

Valerie memuat naik video Spinazzola sedang menerima rawatan di Instagram milik Thibaut bersama kapsyen: “Inilah yang kita sebut tipu muslihat.”

Tidak lama selepas dia me­ngetahui Spinazzola mengalami kecederaan serius dan perlu menjalani pembedahan, Valerie menulis hantaran memohon maaf: “Maaf baru tahu nasib Spinazzola berakhir begini.

“Saya minta maaf atas reaksi awal saya ketika insiden berlaku dan amat mendoakan dia segera sembuh.”

Itali akan berdepan Sepanyol bersama rekod 32 perlawanan tanpa kalah, 13 kemenangan berturut-turut dan hanya dua kali dibolosi

Sementara itu, Mancini berkata, perjalanan mereka masih panjang dan ada dua lagi perlawanan penting untuk ditamatkan, namun pemainnya sudah bersedia.

“Spinazzola sukar diganti kerana dia antara pemain terbaik Euro, namun saya sudah ada perancangan untuk bertemu Sepanyol,” kata pengendali Azzurri itu . – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya