Azizulhasni terkejut dapat gelaran Datuk - Utusan Malaysia

Azizulhasni terkejut dapat gelaran Datuk

AZIZULHASNI AWANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Jaguh berbasikal negara, Azizulhasni Awang menyifatkan penganugerahan darjah kebesaran Datuk Paduka Mahkota Terengganu (DPMT) melonjakkan lagi semangatnya untuk beraksi di pentas Sukan Olimpik Tokyo, minggu depan.

Azizulhasni yang menerima gelaran Datuk turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di samping kerajaan negeri dan semua pihak yang terlibat sejak awal pembabitannya dalam sukan itu.

Katanya, pengiktirafan tertinggi itu sama sekali di luar jangkaan, malah tidak pernah diimpikan sepanjang menjadi atlet.

“Terima kasih Tuanku dan semua pihak, tentunya penganugerahan ini memberikan suntikan moral dalam misi membawa pulang pingat untuk Malaysia,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Setiausaha Dewan Pangkuan Diraja Terengganu, Datuk Isa@Ghazali Endut berkata, Azizulhasni merupakan antara 10 penerima darjah kebesaran DPMT yang membawa gelaran Datuk, berkuat kuasa hari ini.

Bagaimanapun, katanya, istiadat pengurniaan akan diadakan pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Azizulhasni yang dikenali sebagai The Pocket Rocketman bakal beraksi dalam dua acara di Tokyo iaitu pecut dan keirin bersama seorang lagi pelumba, Muhammad Shah Firdaus Sharom.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya