‘Azizulhasni tahu apa yang dia perlu lakukan’ - Utusan Malaysia

‘Azizulhasni tahu apa yang dia perlu lakukan’

AZIZULHASNI AWANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas meneliti sasaran daripada semua pihak, Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) tampil memberikan rumusan terbaik bahawa Azizulhasni Awang `tahu apa yang perlu dilakukannya’ dalam Sukan Olimpik 2020 Tokyo.

Pengurus pasukan, Datuk Ashakari Abu Noor berkata, pandangan PKBM itu dibuat selepas meneliti pendapat semua pihak termasuk Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican serta Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

“Kita telah dengar semua pihak bercakap. Menteri pun telah menyatakan pandangan beliau. Jurulatih, John Beasley juga telah memberikan senario terkini tentang prestasi Azizulhasni.

“Peminat pun mengharapkan pingat emas pertama Olimpik daripada Azizulhasni. Semua orang mempunyai impian yang sama. Selepas mendengar semua sasaran, kami di PKBM duduk berbincang.

“Rasanya semua orang telah menyantuni Azizulhasni dengan baik. Semua keperluan telah dipenuhi kerana kita memang mahukan hasil yang positif daripada Sukan Olimpik di Tokyo.

“Justeru, PKBM percaya Azizulhasni tahu apa yang dia perlu lakukan di Sukan Olimpik nanti. Beliau ialah seorang pelumba yang hebat, berpengalaman dan bijaksana orangnya,” kata Ashakari dalam satu kenyataan dikeluarkan PKBM, semalam.

Ashakari yang juga menjadi pengurus pasukan ke Sukan Asia 2014 ketika Azizulhasni mengondol emas di Incheon turut mendedahkan, hubungan yang sangat baik dengan Persekutuan Berbasikal Jepun (JCF) akan menjadi faktor terpenting sekiranya berlaku sebarang masalah di Velodrom Izu nanti.

“PKBM daripada semasa ke semasa sentiasa berhubung dengan pegawai hubungan luar negara JCF iaitu Naoko Kaizuka. PKBM juga sangat rapat dengan orang kuat JCF iaitu Tatsuo Hayashi. 

“Hayashi ialah orang yang berhubungan rapat dengan Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik dan Paralimpik. Ini senjata kita sekiranya berlaku sebarang masalah di Velodrom Izu nanti,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya