Azizulhasni ketuai atlet terakhir berlepas ke Jepun - Utusan Malaysia

Azizulhasni ketuai atlet terakhir berlepas ke Jepun

AZIZULHASNI Awang dan Shah Firdaus Sahrom berlepas ke Tokyo hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Mohd. Azizulhasni Awang berlepas ke Tokyo pagi ini untuk memulakan perjuangan memburu pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Jaguh berbasikal trek negara itu mengetuai kumpulan terakhir atlet negara yang terbang ke Tokyo bersama terjun dan olahraga.

Selain Mohd Azizulhasni, empat lagi atlet yang berlepas hari ini adalah rakan sepasukannya,Shah Firdaus Sahrom, juara terjun dunia 2017, Cheong Jun Hoong serta dua atlet olahraga, Lee Hup Wei dan Azreen Nabila Alias masing-masing mewakili sukan olahraga.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican turut berlepas ke Tokyo menaiki pesawat sama bagi memberikan sokongan kepada atlet negara yang berjuang di bumi Tokyo.

REEZAL Merican Naina Merican turut berlepas ke Tokyo hari ini.

Terdahulu, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal tiba di KLIA bagi memberikan sokongan dan kata-kata semangat kepada barisan atlet negara.

Beliau turut mengibarkan Jalur Gemilang sebagai simbolik pelepasan kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Tokyo.

Skuad pelayaran negara menjadi kumpulan kontinjen Malaysia pertama berlepas ke Tokyo awal bulan ini sebelum kumpulan kedua terdiri daripada skuad badminton, gimnastik, akuatik (renang, terjun), memanah dan menembak yang berangkat pada 17 Julai lalu.

CHEONG Jun Hoong (kanan) bersedia menggalas cabaran Malaysia.

Malaysia pada Olimpik kali ini diwakili oleh 30 atlet yang akan beraksi dalam 27 acara meliputi 10 jenis sukan, dengan sasaran ditetapkan untuk merangkul tiga pingat termasuk sebutir emas.

Pada temasya Rio 2016, Malaysia yang diwakili 32 atlet, membawa pulang empat pingat perak dan sebutir gangsa, yang juga pencapaian terbaik negara di Sukan Olimpik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya