PETALING JAYA: Menteri Belia dan Sukan, Datuk Reezal Merican Naina Merican yakin kontinjen Malaysia berada dalam ‘gelembung selamat’ apabila melakukan perjalanan ke Tokyo untuk menghadapi Sukan Olimpik 2020.
Katanya, keyakinan itu berdasarkan tinjauan yang dilakukannya sendiri di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi melihat persiapan Malaysia Aviation Group (MAG) yang membawa atlet negara ke Tokyo.
Beliau berpuas hati dengan protokol keselamatan yang digunakan MAG dalam menguruskan atlet serta pegawai Malaysia yang terlibat dalam temasya 23 Julai hingga 8 Ogos itu.
Pasukan pelayaran menjadi kumpulan pertama atlet negara berlepas ke Tokyo minggu lalu dan beberapa pegawai Majlis Sukan Negara (MSN) serta Majlis Olimpik Malaysia (MOM) juga sudah berada di Jepun bagi menjalankan kerja pentadbiran.
Beliau memuji prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 MAG dan Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) yang terperinci, mengambil kira pelbagai aspek bermula dari ketibaan sehingga persiapan kabin.
“Pelaksanaan SOP yang dikendalikan MAG di KLIA berjaya dengan kerjasama yang komprehensif pelbagai agensi seperti Kementerian Kesihatan, Agensi Pengurusan
Bencana Negara, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Imigresen
“Ini memberi keyakinan kepada penumpang yang tiba di Malaysia dan jkepada pihak kerajaan,” katanya.