Atlet Belanda sertai perbarisan Olimpik positif Covid-19 - Utusan Malaysia

Atlet Belanda sertai perbarisan Olimpik positif Covid-19

LOGO Sukan Olimpik Tokyo 2020.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Seorang atlet mendayung Belanda, Finn Florijn yang menyertai perbarisan dalam upacara pembukaan Sukan Olimpik 2020 Tokyo pada Jumaat lalu didapati positif Covid-19.

Atlet berusia 21 tahun itu, yang telah menerima suntikan vaksin, didapati positif wabak tersebut selepas selesai membuat penampilan sulung di Olimpik menerusi acara sculls race individu lelaki.

Florijn menamatkan perlumbaan di tempat keempat dalam saringan pertama dan dijadualkan berlumba lagi pada Sabtu ini.

Bagaimanapun dia perlu menjalani kuaratin selama 10 hari, sekali gus memaksanya untuk melupakan baki saingan tersebut di Olimpik Tokyo.

“Saya masih belum berpuas hati dengan perlumbaan saya hari ini. Bagaimanapun saya berpeluang untuk melakukan kebangkitan dalam perlumbaan seterusnya.

“Apa pun, saingan tersebut telah menemui nokhtah kerana saya perlu menjalani pengasingan kendiri,” kata atlet tersebut di Instagram miliknya.

Florijn merupakan anak kepada bekas pemenang dua pingat emas Olimpik, Ronald, dengan menjadikan bapanya sebagai sumber inspirasi untuk muncul juara dalam sukan mendayung.

Impian tersebut bagaimanapun terpaksa ditangguhkan sehingga Olimpik seterusnya, itupun jika dia layak sekali lagi.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya