TOKYO: Pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio, Chase Kalisz merangkul pingat emas dalam acara renang 400m rampaian individu untuk membolehkan Amerika Syarikat (AS) memulakan pemburuan pingat di kolam renang.
Kalisz mendahului perlumbaan dengan kelebihan satu badan selepas 300m dan merangkul kejuaraan dengan 4minit 09.42saat.
“Ia sangat bermakna buat saya. Ini merupakan perkara terakhir saya mahu capai dalam karier renang saya.
“Ia merupakan mimpi sejak sekian lama dan saya masih tidak percaya,” kata Kalisz selepas meraih kemenangan.
Tempat kedua menjadi milik rakan senegara, Jay Litherland (4:10.28s) dan pingat gangsa menjadi milik perenang Australia, Brendon Smith dengan catatan 4:10.38s.-AFP