Alahan kulit Jun Hoong tidak serius - Utusan Malaysia

Alahan kulit Jun Hoong tidak serius

CHEONG JUN HOONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Masalah kulit yang dialami Cheong Jun Hoong tidak akan menjejaskan persiapan juara dunia 2017 itu apabila turun beraksi dalam saingan 10 meter platform individu Sukan Olimpik Tokyo 2020, Rabu depan.

Jun Hoong sudahpun mendapatkan rawatan daripada doktor pasukan perubatan kontinjen Malaysia dan keadaannya dikatakan semakin baik.

Masalah kulit menyebabkan penerjun berusia 31 tahun itu menderita kegatalan kulit, sekali gus mengganggu latihannya di Pusat Akuatik Tokyo.

“(Alahannya) mungkin akan meninggalkan kesan tapi dia tiada masalah untuk bertanding.

“Kami berharap tidak akan menjadi gangguan kepadanya, kami akan pastikan (aspek) perubatan untuknya.

“Lagipun dia sudah berlatih (melakukan persiapan) dan saya doakan dia berjaya,” kata ketua sekretariat Malaysia, Datuk Nazifuddin Najib.

Nazifuddin juga percaya, kontinjen Malaysia masih di landasan terbaik untuk mencapai sasaran tiga pingat termasuk satu emas.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya