Air mata dua sahabat jadi tumpuan - Utusan Malaysia

Air mata dua sahabat jadi tumpuan

LIONEL Messi memujuk Neymar sejurus tamat final Copa America pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIO DE JANEIRO: Dua sahabat lama Neymar dan Lionel Messi berkongsi air mata, namun atas sebab berbeza.

Neymar tidak mampu menahan kecewa selepas Brazil gagal mempertahankan kejuaraan Copa America ekoran kekalahan 0-1 kepada Argentina dalam perlawanan akhir  di laman sendiri pagi tadi.

Akhir mata Messi turut mengalir, namun kerana terlalu gembira akhirnya dia berjaya menjulang trofi pertama bersama Argentina selepas sekian lama menanti.

Selepas kedua-duanya melayan emosi di tengah padang, mereka dilihat berpelukan dengan Messi cuba memberi kata-kata semangat kepada Neymar, sahabat lamanya ketika di Barcelona.

Suasana di Stadium Maracana pasti tidak akan dilupakan oleh pemain mahu pun peminat kedua-dua pasukan.

Sebaik saja wisel penamat ditiupkan, Messi berpelukan dengan rakan-rakan sepasukannya selepas Argentina berjaya merangkul kejuaraan utama dunia sejak 1993, berterima kasih kepada gol tunggal Angel di Maria.

Tidak lama kemudian, menyedari Neymar sedang terluka, penyerang Barcelona itu kemudian memeluk erat rakannya.

Messi dan Neymar terpilih sebagai pemain terbaik Copa America sebelum perlawanan akhir bermula.

Pada ketika Neymar menjaringkan dua gol dan membantu tiga gerakan jaringan dalam lima perlawanan, Messi pula meledak empat gol sambil memberi lima bantuan daripada enam perlawanan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya