Adam naik podium lagi - Utusan Malaysia

Adam naik podium lagi

ADAM Norrodin terpaksa menarik diri daripada perlumbaan Moto2 di Grand Prix (GP) Britain, Ahad lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Adam Norrodin terus melakar keputusan sensasi apabila menaiki podium buat kali ketiga dalam tempoh tiga bulan selepas menduduki tangga ketiga pada Perlumbaan 1 Moto2 Kejuaraan Dunia FIM CEV hari ini.

Pelumba kelahiran Batu Pahat, Johor itu menamatkan perlumbaan di Litar Antarabangsa Algarve, Portugal dengan 6.922 saat di belakang pelumba Sepanyol, Fermin Aldeguer yang muncul juara menerusi catatan 29 minit dan 48.998 saat.

Seorang lagi pelumba Sepanyol, Alonso Lopez meraih tempat kedua dengan ketinggalan 5.434s.

April lalu, Adam, 23, mencuri tumpuan apabila menduduki tangga ketiga dalam kejuaraan yang sama pada perlumbaan di Litar Estoril.

Dia sekali lagi berjaya menduduki tempat ketiga dalam Pusingan Kedua Kejuaraan CEV Moto2 Eropah Litar Ricardo Tormo, Valencia, Mei lalu.

Kali ini, pelumba yang beraksi bersama pasukan Liqui Moly Intact SIC Racing Team yang memulakan perlumbaan pada petak ketiga berjaya mengekalkan momentum sehingga tamat perlumbaan sekali gus memastikan tempat ketiga miliknya.

Secara keseluruhan, Adam yang terkenal dengan julukan ‘Torete’ berjaya memungut 76 mata.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya