6 perenang Poland ‘dihalau’ pulang - Utusan Malaysia

6 perenang Poland ‘dihalau’ pulang

ALICJA Tchorz antara enam perenang Poland yang dihantar pulang dari Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Enam perenang Poland terpaksa gigit jari apabila diarah pulang setelah tiba di Tokyo bagi menyertai Sukan Olimpik 2020 di Jepun.

Kesemua perenang tersebut, Alicja Tchorz, Bartosz Piszczorowicz, Aleksandra Polanska, Mateusz Chowaniec, Dominika Kossakowska dan Jan Holub merupakan sebahagian 23 skuad renang Poland ke Olimpik Tokyo.

Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA) menetapkan sesebuah negara hanya boleh menghantar 17 wakil bagi menyertai temasya kali ini.

Ekoran kekeliruan yang berlaku dalam isu pendaftaran perenang, timbul desakan agar Presiden Persekutuan Renang Poland (PZP), Pawel Slominski meletakkan jawatan.

Dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh semua atlet Poland di Tokyo, mereka menyifatkan perkara tersebut telah mencemarkan imej dan reputasi kontinjen negara itu.

“Semua orang termasuk penaja berpotensi menjadikan PZP bahan jenaka.

“Ia sekali gus akan memberi kesan kepada perenang yang bakal menyarung seragam putih-merah ini,” tulis kenyataan tersebut.

Tambah mereka, isu itu juga telah menjejaskan beberapa acara yang bakal disertai Poland dalam temasya tersebut yang akan dibuka secara rasmi Jumaat ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya