50 pemain bersaing ‘pikat’ Maloney - Utusan Malaysia

50 pemain bersaing ‘pikat’ Maloney

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Biarpun menjadi pasukan pilihan dalam kumpulan J bagi aksi Kelayakan Piala Asia Bawah 23 tahun (B-23) 2022 yang berlangsung di Mongolia, Oktober ini namun jurulatih pasukan negara B-19, Brad Maloney tidak mengambil mudah cabaran berkenaan.

Skuad negara dijangka tidak berdepan masalah untuk muncul juara kumpulan jika kekuatan sebelum ini dijadikan ukuran apabila diletak bersama Mongolia, Laos dan Thailand.

Pengendali dari Australia itu berkata, dia memiliki senarai pemain seramai 50 orang dan perlu mencari pemain terbaik untuk mengharungi kempen tersebut.

Katanya, dia perlu berbincang dengan pasukan-pasukan dan pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe bagi mendapatkan pelepasan pemain dalam membuat persediaan menghadapi kelayakan berkenaan.

“Perancangan untuk skuad ini adalah memberi pendedahan di peringkat antarabangsa sebanyak mungkin. Kita mempunyai hubungan baik dengan semua pasukan untuk mendapatkan kebenaran pelepasan pemain.

“Saya juga perlu berbincang dengan Cheng Hoe untuk mengetahui perancangan beliau terhadap Luqman Hakim Shamsudin dan Arif Aiman ​​Hanapi. Jika tidak berlaku pertembungan program saya ingin mereka berdua bersama pasukan.

“Duo ini ada dalam perancangan saya. Selepas undian saya ada bercakap dengan Luqman dan dia teruja serta bersemangat untuk mewakili negara dalam apa jua kejohanan. Kita akan berbincang dengan kelabnya (KV Kortrijk),” kata Maloney dalam sidang akhbar maya, semalam.

Dalam pada itu, Maloney juga menegaskan bahawa pasukannya juga sentiasa memantau prestasi pemain lain yang berpengkalan di Eropah, termasuk Jaami Qureshi yang kini bersama kelab Brighton & Hove Albion namun masalah kewarganegaraan memberi kesukaran untuk mendapatkan pemain tersebut.

PENGALAMAN luas Luqman Hakim Shamsudin bersama pasukan senior akan turut menjadi taruhan.

Maloney mempunyai dua peluang untuk mengadakan kem latihan berpusat mengikut kalendar FIFA iaitu di antara 30 Ogos hingga 7 September dan 4-12 Oktober, dimana sesi latihan dan perlawanan persahabatan sama dijalankan skuad kendalian Cheng Hoe.

Pada aksi Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Dubai, Arif dan Luqman telah dipilih menyertai skuad kebangsaan dan jika Cheng Hoe memanggil mereka menyertai pasukan, bermakna kedua-dua pemain itu tidak akan bersama skuad Maloney.

Kelayakan B-23, yang akan diadakan pada 23-31 Oktober itu, juga akan menyaksikan pertembungan tarikh bagi aksi suku akhir dan separuh akhir Piala Malaysia.

Sekiranya Arif dan Ramadhan dipanggil untuk menyertai skuad B-20 tahun negara, Johor Darul Ta’zim (JDT) mempunyai kuasa mutlak untuk melepaskan mereka atau tidak kerana kejohanan berlangsung di luar kalendar FIFA.

“Sebilangan besar daripada mereka bersama pasukan Liga Perdana dan tidak berada di Piala Malaysia tetapi yang lain hanya melibatkan satu-dua kelab, maka itu tidak akan memberi banyak kesan,” ujarnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya