3 pingat, termasuk sebutir emas sasaran Malaysia di Sukan Olimpik 2020 - Utusan Malaysia

3 pingat, termasuk sebutir emas sasaran Malaysia di Sukan Olimpik 2020

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia memasang sasaran untuk menjelmakan emas menerusi salah satu daripada tiga pingat yang menjadi sandaran di Sukan Olimpik 2020 Tokyo melibatkan sukan berbasikal trek, badminton dan akuatik.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, sasaran tersebut realistik pada masa kini selepas mengambil kira dari pelbagai sudut susulan pandemik Covid-19.

“Atlet dalam keadaan serba serbi mencabar dan berdepan suasana yang sama sekali luar kebiasaan selain tidak dapat menjalani latihan seperti biasa.

“Mereka juga kurang pendedahan antarabangsa untuk meningkatkan daya saing. Kita perlu sederhanakan jangkaan selepas mengambil kira semua faktor.

“Saya juga tidak mahu menafikan kehendak atlet-atlet tertentu yang mahu KPI (Indeks Prestasi Utama) diletakkan terhadap mereka.

“Realistiknya edisi tahun ini sandaran membawa pulang satu emas daripada tiga pingat melalui tiga sukan iaitu badminton, berbasikal trek dan akuatik,” kata Reezal dalam sidang akhbar secara maya bagi mengumumkan sasaran pingat di Olimpik Tokyo sebentar tadi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya