Liu Ying mahu pingat lagi - Utusan Malaysia

Liu Ying mahu pingat lagi

CHAN Peng Soon (kiri) dan Goh Liu Ying.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas me­rangkul perak di Rio 2016, pemain beregu campuran, Goh Liu Ying berazam meraih sebutir lagi pingat memandang­kan inu mungkin penampilan terakhirnya di Sukan Olimpik.

Diberi penghormatan membawa Jalur Gemilang dalam upacara pembukaan, Liu Ying dan Chan Peng Soon akan memulakan perjuangan dengan menentang Tang Chun Man-Tse Ying Suet dari Hong Kong di peringkat kumpulan hari ini.

Selepas meraih pingat di Rio, Liu Ying sentiasa berazam untuk menambah koleksi kejayaan dalam penampilan ketiga biarpun pandemik ­Covid-19 menjadi ke­adaan amat sukar buatnya.

“Saya memang mahukan satu lagi pingat dalam penampilan ketiga di Sukan Olimpik tetapi tidak mahu meletakkan terlalu ­banyak tekanan ke atas diri sendiri.

“Saya juga sudah dapat membiasakan diri di gelanggang dan saya sudah bersedia untuk beraksi,” katanya.

Selain Peng Soon-Liu Ying, Aaron Chia-Soh Wooi Yik akan turun menentang Choi Solgyu-Seo Seungjae dari Korea Selatan dalam beregu lelaki hari ini.

Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean pula berdepan Greysia Polii-Apriyani Rahayu dari Indonesia dalam beregu wanita.

Wooi Yik memberitahu, dia akan cuba menampilkan aksi terbaik dalam perlawanan pertama mereka kerana pernah bertemu pasangan Korea Selatan itu sebelum ini.

“Kami juga sudah mengkaji permainan mereka sejak minggu lalu dan saya rasa ia 50-50 dan bergantung kepada aksi di atas gelanggang pada hari itu.

“Saya harap saya dan Aaron dapat berkomunikasi dengan baik di atas gelanggang,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya