SAXONY: Pelumba MotoGP, Johann Zarco bakal memulakan saingan Grand Prix (GP) Jerman di barisan hadapan selepas menghadiahkan petak pertama buat julung kalinya untuk Pramac.
Pelumba berusia 30 tahun itu menewaskan rakan senegaranya di Perancis, Fabio Quartararo dengan kelebihan 0.011 saat untuk meletakkan penunggang Yamaha tersebut di petak kedua.
Di belakang Zarco dan Quartararo bagi petak ketiga adalah pelumba Aprilia, Aleix Espargaro yang memperoleh barisan hadapan buat pertama kali.
Sementara itu, Jack Miller bakal memulakan saingan di petak keempat, manakala juara dunia enam kali, Marc Marquez kelima.- AGENSI