Vietnam laung amaran kepada Malaysia - Utusan Malaysia

Vietnam laung amaran kepada Malaysia

PEMAIN Vietnam melakukan persiapan di Dubai semalam menjelang pertemuan menentang Malaysia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUBAI: Vietnam melaungkan amaran awal kepada skuad Harimau Malaya apabila membenam pasukan tercorot Kumpulan G, Indonesia 4-0 dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, semalam.

Corak pantas dan jentera serangan tajam selain memiliki barisan pertahanan yang kental telah memberi kesukaran buat anak buah Tan Cheng Hoe yang dilihat masih mencari rentak permainan ketika tunduk 4-0 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE), 4 Jun lalu.

Kemenangan itu mengukuhkan kedudukan skuad kendalian Park Hang-Seo sebagai peneraju kumpulan G dan beliau mahu anak buahnya mengekalkan rentak permainan seperti itu menjelang aksi menentang Malaysia, 12 Jun ini.

“Selalunya saya menggunakan taktikal 3-4-3 tetapi perlawanan ini kami perlu menang jadi saya menukar kepada formasi 3-5-2. Kami bermain begitu baik pada babak pertama tapi malangnya tidak dapat menjaringkan gol.

“Dalam babak kedua, saya memberitahu pemain tidak hanya melakukan serangan menggunakan pemain sayap tapi juga perlu serang di bahagian tengah. Secara keselurahan pemain melakukan kerja dengan amat baik.

“Saya ingin berterima kasih kepada pemain. Vietnam masa mempunyai dua perlawanan dan sasaran kami adalah sekurang-kurangnya meraih satu kemenangan.

“Kami mahu berhenti raikan kemenangan ini dan memberi fokus pada perlawanan seterusnya,” katanya.

 

Penyerang berusia 23 tahun, Tien Linh berjaya membuka tirai jaringan sebelum tiga lagi gol hadir menerusi ledakan Nguyen Quang Hai, Nguyen Cong Phuong dan Vu Van Thanh.

Di sebalik kemenangan itu, Skuad Naga Emas bakal kehilangan dua tonggak tengah menjelang aksi berdepan Malaysia apabila Nguyen Quang Hai digantung satu perlawanan manakala Nguyen Tuan Anh mengalami kecederaan sekali gus memberi berita gembira buat kem negara.

“Kami membuat persediaan awal dengan setiap posisi mempunyai pilihan pemain lain dan sekarang tiba masa menggunakan khidmat mereka. Ketiadaan Hai bukan berita buruk, dia mengalami masalah kecederaan otot dan memerlukan pemulihan bagi aksi menentang UAE,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya